Siti Syairah Binti Mohamad Noor Kolej Vokasional Kuching
Projek ini merupakan pembangunan produk baharu yang dikenali sebagai U Klip berasaskan konduit PVK. Inovasi ini bertujuan memanfaatkan lebihan atau sisa konduit PVK dengan mengubahnya menjadi U Klip yang berfungsi sebagai alat penyokong dan pengikat saluran kabel atau paip pvk dalam sistem pendawaian elektrik terutama bagi pelajar Kolej Vokasional. Proses penghasilan melibatkan pemotongan, pembentukan dan pengujian kekuatan U Klip yang dihasilkan. Hasil inovasi ini menunjukkan bahawa konduit PVK yang diolah semula mampu menghasilkan U Klip yang mempunyai ketahanan mekanikal yang memuaskan serta selamat untuk digunakan. Selain itu, projek ini juga menyokong amalan kitar semula bahan plastik, sekaligus memberi impak positif kepada alam sekitar. Kesimpulannya, konduit PVK yang dikitar semula sebagai U Klip berpotensi untuk digunakan secara meluas untuk tujuan latihan amali pelajar aliran kemahiran.