KVO949: SISTEM PENGGERA KEBAKARAN BERASASKAN IOT

NOR AFIZA BINTI TUMIJAN@TOMICHAN Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional Slim River

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 30 times | LS: 30.0
Like it? | Support them now!

Sistem penggera kebakaran berasaskan Internet of Things (IOT) merupakan sejenis alat pengesan yang dibangunkan untuk mengesan dan memberi amaran awal mengenai kejadian kebakaran di sekitar Bengkel Teknologi Elektrik. Projek ini bertujuan untuk mengesan kebakaran pada peringkat awal dan memberikan amaran segera kepada pengguna untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kerosakan harta benda.  Selain itu, pengguna boleh mendapat maklumat kebakaran dari jarak jauh melalui telefon pintar. Oleh demikian, projek ini dapat membantu dan meningkatkan keselamatan di Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Slim River. Apabila kebakaran dikesan, sistem akan menghantar amaran segera melalui notifikasi kepada penyelia dan pesyarah bengkel elektrik melalui aplikasi mudah alih, chatbot. Kajian ini dapat meningkatkan keselamatan dengan memberikan maklumat yang pantas, tepat dan mesra pengguna.