NURIN BATRISYIA BINTI MOHAMED IQBAL UNIVERSITI MALAYA
Pihak sekolah kini mengalami masalah dalam menangani masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar pemulihan khas. Golongan pelajar ini sering tercicir dalam pelajaran akibat daripada beberapa faktor yang tertentu. Justeru, kajian ini cuba meneliti masalah keciciran dan mengenal pasti kaedah yang terbaik dalam membantu pelajar pemulihan khas dalam aspek pembelajaran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah bandar dan dua buah sekolah luar bandar dengan melibatkan empat orang guru pemulihan khas serta murid tahun dua dan tiga. Kajian ini cuba menghasilkan satu inovasi yang dinamakan PINTAS bagi menangani masalah ini seterusnya meningkatkan minat dan menggalakkan pertumbuhan kognitif pelajar serta menjadikan pelajar lebih berminat dalam pembelajaran. Jelaslah bahawa kajian ini amat signifikan dalam konteks perkembangan teknologi digital di negara ini yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasa program pendidikan pemulihan khas.