PRO121: PERMAINAN INTERAKTIF KEMBARA HURUF VOKAL

NOOR AZIRAH BINTI AZIZUL SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA

i3DC25 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap semua murid prasekolah boleh menguasai kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) seawal umur 4 tahun. Guru digalakkan menggunakan pendekatan pengajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai sumber serta kaedah disamping menerapkan unsur didik hibur bagi memastikan hasrat tersebut dicapai. Murid pada zaman kini terdedah dengan kecanggihan teknologi dan gadjet. Oleh sebab itu, tujuan utama inovasi ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan kaedah dan strategi pengajaran yang lebih mesra digital kedalam Pendidikan prasekolah. Inovasi ini dapat membantu guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat murid. Permainan interaktif ini boleh digunakan berulang-kali dan boleh diubah isi kandungannya mengikut topik yang ingin disampaikan. Oleh itu, ia dapat menjimatkan kos para guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar.Permainan ini juga boleh digunakan di awal sesi persekolahan kerana ia sangat mudah dan sesuai dengan aras perkembangan murid prasekolah. Hasil daripada inovasi ini, murid menunjukkan perkembangan yang positif seperti lebih gembira semasa disekolah, wujud persaingan yang positif, suka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat kekal focus semasa di dalam kelas.