MOHD EZAIMAN DANISH BIN JUSMAN SMK SEPAGAYA LAHAD DATU
AgroDuino ialah inovasi pertanian pintar yang direka bentuk untuk mengatasi masalah ruang dan masa dalam aktiviti bercucuk tanam yang berkonsepkan 'indoor gardening'. Inovasi ini menggunakan teknologi Arduino Uno R4, dimana sistem ini mengautomasikan penyiraman tanaman melalui sensor kelembapan tanah dan pam air mikro yang dapat menjimatkan air dan tenaga. AgroDuino sesuai digunakan di rumah, sekolah dan kawasan yang terhad ruang untuk bercucuk tanam. Inovasi ini menggalakkan pelajar meneroka teknologi hijau sekaligus memupuk minat terhadap pertanian moden dan STEM. Ia juga menyumbang ke arah amalan lestari dan penjimatan tenaga dalam pertanian.