ASLINDAWATI BINTI ABDULLAH KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
MyMastecc adalah sistem penjurian pertandingan digital story telling yang menggunakan 100% penjurian secara atas talian. Mastecc merujuk kepada Matriculation STEM Comic Competetion merupakan satu satunya pertandingan 'digital story telling' pada peringkat kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.Sistem penjurian ini digunakan bermula dari penerimaan komik digital, agihan komik digital berdasarkan subjek dan agihan komik kepada juri pertandingan. Selepas juri mendapat tugasan menilai komik digital secara atas talian, mereka mengemaskini status penjurian dan markah penilaian dalam sistem MyMastecc. MyMastecc memberi peluang kepada juri untuk menilai dengan mengambilkira semua faktor dalam pertandingan hasil dari ciri unik sistem ini iaitu markah diselaraskan dan dibanding berdasarkan kualiti komik digital peserta. Sistem penjurian ini amat menjaga kerahsiaan markah iaitu setiap juri mempunyai id unik masing-masing dan tidak dapat melihat penilaian penjurian kualiti komik digital lain seperti aplikasi google sheet. Akhir sekali, setiap komik digital di nilai oleh beberapa juri tanpa bias, dan menjimatkan masa urusetia pertandingan untuk memantau markah pertandingan secara 'real time'. Ciri istimewa sistem ini dipenuhi dengan sifat mesra pengguna kerana ia senang digunakan, bersifat pro teknologi hijau disebabkan tiada penggunaan kertas diperlukan sepanjang pertandingan dan bersifat 'zero bias' kerana juri dipilih secara sistematik untuk mengelakkan juri menilai komik digital hasil dari kolej matrikulasi juri sendiri. Oleh yang demikian, keputusan pertandingan Matriculation STEM Comic Competetion yang dijalankan selama tiga tahun dapat diuruskan dengan cemerlang tanpa melibatkan dokumentasi secara manual yang rumit walaupun penyertaan pertandingan sangat banyak.Maka, sistem MyMastecc terbukti merupakan sistem penilaian pertandingan yang unggul dengan tiada kesilapan markah peserta atau pertindihan markah pemenang seterusnya melicinkan urusan pengendalian sistem penjurian pertandingan komik digital kolej matrikulasi di peringkat kebangsaan.