UMAR MUKHTAR BIN DZULIKRAM SK DAMANSARA UTAMA
ThermalPro merupakan satu inovasi penyejukan makanan yang pantas bagi mengatasi masalah makanan yang sampai ke meja makan dalam keadaan terlalu panas dan mempunyai fungsi pengawalan suhu bagi mengelakkan makanan menjadi terlalu sejuk kerana kekangan penyediaan. Ia memberikan solusi supaya suhu yang ideal dapat dicapai ketika makanan sampai kepada pengguna untuk dinikmati. Dalam masa yang sama, ia tidak menjejaskan daya tarikan dan keistimewaan persembahan makanan kepada pengguna. ThermalPro mestilah terbina dengan sistem yang ringkas supaya boleh digunakan secara meluas mengikut corak pemakanan rakyat Malaysia yang pelbagai.