KVO661: Live Casting Head Shield (LCHS)

Ni Nursyaza Huda Binti Rosazaman KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 27 times | LS: 27.0
Like it? | Support them now!

LIVE CASTING HEAD SHIELD (LCHS)

 

Atiqah Aman, Nor Asyikin Noruddin,

Ni Nursyaza Huda, Hawa Khadeejah, M Irfan Shah, M Isyraq Muazzam,

M Ammar Hasif, M Faris Iskandar

 

 KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

 

[email protected]

 

ABSTRAK

Live Casting Head Shield (LCHS) merupakan pembangunan sebuah alat pelindung muka (head shield) yang dilengkapkan dengan kamera bagi tujuan rakaman dan pemancaran secara langsung semasa sesi demonstrasi kimpalan di bengkel Teknologi Kimpalan. Kekangan visual yang dihadapi oleh pelajar semasa guru melakukan demonstrasi secara langsung menggunakan pelindung muka konvensional menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurang efektif. Hal ini kerana pelajar tidak dapat melihat dengan jelas teknik-teknik kimpalan yang betul dari sudut pandangan sebenar pengimpal. Justeru, inovasi Live Casting Head Shield (LCHS) dibangunkan sebagai solusi kepada cabaran ini. LCHS direka bentuk dengan memasang kamera mini definisi tinggi pada pelindung muka kimpalan, yang disambungkan kepada sistem paparan seperti skrin TV atau projektor melalui sambungan tanpa wayar. Sistem ini membolehkan visual kimpalan secara langsung dipancarkan kepada semua pelajar dari sudut pandangan pengimpal sebenar. Antara ciri utama LCHS adalah rakaman definisi tinggi (HD), kebolehan rakaman dan penstriman secara serentak, reka bentuk ergonomik yang tidak mengganggu keselamatan pengguna, serta kebolehan penyimpanan bagi rujukan semula. Metodologi pembangunan LCHS melibatkan proses reka bentuk pelindung menggunakan perisian CAD, pemilihan komponen elektronik seperti kamera mini dan modul pemancar, integrasi sistem rakaman dan paparan, serta ujian kebolehfungsian sistem dalam persekitaran bengkel sebenar. Reka bentuk LCHS yang menitikberatkan keselamatan, kemudahan penggunaan dan keberkesanan penyampaian menjadikan ia alat bantu mengajar yang inovatif dan praktikal. Kesimpulannya, pembangunan LCHS dapat meningkatkan kualiti PdP dalam bengkel Teknologi Kimpalan melalui visualisasi yang lebih jelas, membantu pelajar memahami teknik kimpalan dengan lebih berkesan, serta meningkatkan keselamatan dan kecekapan demonstrasi guru. Inovasi ini berpotensi untuk dijadikan alat standard dalam PdP amali kimpalan di institusi TVET.

Kata kunci : LIVE CASTING HEAD SHIELD (LCHS), tanpa wayar, rakaman