JI769: INOVASI HURUF HIJAIYYAH

IRFAN DANIAL SHAHFRIL BIN ABDUL AZIM SK BAGAN SERAI

INOVASI HURUF HIJAIYYAH SEE ME merupakan inovasi lagu hijaiyyah yang melibatkan pergerakan untuk menggambarkan setiap huruf hijaiyyah dengan cara yang menyeronokkan, interaktif, dan mudah difahami melalui penceritaan yang menarik. Objektif adalahuntuk memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada pelajar secara efektif sambil meningkatkan motivasi, penghayatan, dan pemahaman mereka terhadap huruf-huruf tersebut. Ianya menarik dengan penggunaan lagu yang menyeronokkan sambil melibatkan pergerakan dapat meningkatkan interaksi dan seterusnya membantu tahap penguasaan mengingat huruf hijaiyyah dengan lebih efektif. SEE ME sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak menguasai huruf-huruf hijaiyyah melalui pendekatan yang berfokus pada pengulangan, penghayatan bunyi, visualisasi, pergerakan, serta keseronokan dan motivasi. Penggunaan video memudahkan pemafahaman mereka tentang gaya dengan melihat bentuk setiap huruf.