YI814: AUTOMATIC MASSAGER

Nur Farah Qistina Binti Jamsari MRSM JOHOR BAHRU

Produk Automatic Massager ini direka bentuk untuk memberikan urutan badan secara automatik bagi membantu pengguna melegakan keletihan otot dan tekanan harian. Menggabungkan teknologi mekanikal dan elektrik , peranti ini mampu menyasarkan titik-titik tekanan utama di badan seperti leher, bahu, belakang, dan kaki. Ia boleh digunakan di rumah, pejabat atau semasa dalam perjalanan,  mengikut keperluan pengguna. Produk ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos berbanding urutan manual, malah meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan pengalaman urutan yang selamat, selesa dan berkesan. Inovasi ini sesuai untuk semua golongan umur dan bertujuan menyokong gaya hidup sihat serta kesejahteraan pengguna secara berterusan.