YI1084: ESTRELLA

JESSLINIA KOJA ANAK JINYONG SMK MEDAMIT

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera merupakan Visi Pendidikan Negara Malaysia untuk melahirkan insan yang kreatif, inovatif serta berdaya saing pada masa depan. Alat bantu mengajar merupakan satu medium yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Pembelajaran dalam bilik darjah merupakan faktor utama yang mendorong kepada pembentukan generasi muda yang berdaya saing dan mempunyai persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran globalisasi (KPM,2012).Bagi menyediakan murid yang berdaya saing dengan bercirikan pemikiran kritikal, kreativiti dan penyelesaian masalah perlu diberi perhatian seawal alam persekolahan. Alat bantu ESTRELLA merupakan satu alat bantu mengajar untuk memudahkan guru untuk menerangkan konsep bagi enam mata pelajaran.