KVO896: Nasi Kerabu On The Go

ZUHAYRA NASRIN BINTI AZLI NURSYAHRIR KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.1698 | 9 Likes | 53 Views | 19 times | LS: 29.5
Like it? | Support them now!

"Nasi Kerabu On The Go" merupakan inovasi makanan tradisional yang diinspirasikan daripada hidangan warisan Pantai Timur terutama di Negeri Kelantan, iaitu nasi kerabu yang disesuaikan dengan gaya hidup moden dan pantas. Penyediaan nasi kerabu secara tradisional memerlukan ruang makan yang sesuai, peralatan lengkap serta sukar dibawa ke mana-mana sekali gus menyukarkan golongan aktif seperti pelajar dan pekerja menikmatinya. Justeru, inovasi ini dibangunkan untuk mengubah penyajian nasi kerabu kepada bentuk gulungan rice paper (seakan popia vietnam), di mana nasi yang berwarna biru berasal dari bunga telang dan diletakkan daun limau purut yang menaikkan lagi haruman nasi tersebut serta ulam-ulaman seperti kubis, kacang panjang, serai dan daun kesum yang dihiris nipis-nipis, sambal tumis, lauk seperti ayam goreng yang dicarikkan serta  dimuatkan sekali dalam satu gulungan padat dan praktikal. Objektif utama inovasi ini adalah untuk memodenkan penyajian nasi kerabu tradisional melalui konsep “on the go”, memperkenalkan makanan warisan dalam bentuk lebih menarik kepada generasi muda dan pelancong serta menghasilkan produk yang bersedia untuk dikomersialkan secara lebih meluas. Produk ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti pembungkusan yang mesra pengguna, mudah dibawa dan dimakan tanpa peralatan, rasa asli yang dikekalkan walaupun semua komponen digabungkan sekali, serta fleksibiliti dalam pilihan lauk seperti ayam goreng, ayam bakar, daging bakar dan ikan goreng. Sasaran pengguna bagi inovasi ini merangkumi pelajar, pekerja, pelancong serta peniaga kecil yang mencari makanan ringkas tetapi mengenyangkan. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan ke atas sekumpulan responden, lebih 85% memberikan maklum balas positif terhadap inovasi ini dari segi rasa, bentuk dan kemudahan penggunaannya. Ini membuktikan bahawa produk ini mempunyai potensi tinggi untuk diterima di pasaran dan sesuai untuk dikomersialkan melalui platform seperti kantin, gerai jualan serta berkolaborasi dengan koperasi atau industri makanan kecil dan sederhana.