NUR ADLINA SOFFEA BINTI MOHD DIAYANAH SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
MENGAPLIKASIKAN PERMAINAN SIRAH MILESTONE DALAM MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MINAT MURID DI DALAM TAJUK RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W
ABSTRAK
Inovasi ini dipilih daripada bidang sirah iaitu pelajaran 24 di dalam buku teks pendidikan islam tingkatan 1 (KSSM) yang bertajuk riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. Tajuk dan permainan ini dipilih kerana penelitian terhadap masalah murid yang sering lupa akan perjalanan dan riwayat hidup nabi .Justeru itu, permainan ini dibina dengan nama sirah milestone agar dapat membantu murid untuk mengingati sirah dengan mudah. Teknik yang digunakan adalah menjawab soalan berdasarkan peristiwa-peristiwa penting melalui kaedah permainan. Kekerapan murid menjawab soalan tersebut melatih setiap individu untuk mengingat dan mengulang tentang pelajaran tersebut. Di samping itu juga membantu murid-murid dalam menghadapi peperiksaan di sekolah. Sirah milestone ini bukan sahaja dibina sebagai satu permainan, akan tetapi dibina sebagai satu tarikan untuk menarik minat murid dalam bidang sirah. Apabila murid-murid berasa seronok dalam permainan ini, maka mereka akan kerap mengulangi permainan sehingga mereka mampu menguasai tajuk ini. Permainan ini sesuai digunakan di peringkat umur 12-17 tahun. Harapan pada produk yang diciptakan ini dapat membantu masyarakat dan memberi kesan positif dalam kecemerlangan subjek pendidikan islam.