YI119: KAD ABAAL (TEKNIK MENJAWAB KBAT SEJARAH)

NUR ZAHIRAH NABILAH BINTI NORDIN MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 105 times | LS: 105.0
Like it? | Support them now!

Kad Abaal (Teknik Menjawab KBAT Sejarah) merupakan satu kad bagi membantu pelajar menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sejarah dengan lebih mudah mengikut teknik penulisan jawapan yang betul. Abaal merupakan perkataan di dalam bahasa kaum Dusun di Sabah yang bermaksud bijak dan secara tidak langsung menjelaskan bahawa kad ini bertujuan agar kami dapat menjawab soalan KBAT sejarah dengan bijak agar boleh mendapatkan markah penuh di dalam ujian atau peperiksaan. Hal ini kerana, soalan berbentuk KBAT adalah soalan yang wajib dan membawa peratusan markah di dalam kertas dua sejarah SPM seterusnya memboleh kami mendapat markah yang baik sekiranya kami berjaya mendapatkan markah yang penuh bagi soalan ini. Pemerhatian kami mendapati bahawa, isu tidak menjawab soalan kehendak soalan disebabkan pelajar tidak peka terhadap keperluan kehendak soalan menyebabkan pelajar memberikan fakta yang salah sehingga pelajar tidak boleh mendapatkan markah yang baik. Perkara ini juga berlaku kerana pelajar tidak faham kehendak soalan terutama apabila soalan menggunakan perkataan yang moden kurang familiar terutama bagi kami pelajar-pelajar di Sabah. Selain itu, kesalahan teknik menjawab juga menyebabkan kami sukar untuk untuk mendapat markah yang baik kerana tidak menjawab mengikut peruntukan markah. Oleh itu, kami membuat kad ini bagi membiasakan diri kami dengan teknik yang betul dan mengenalpasti kehendak soalan semasa membuat latihan agar tersemat di dalam minda kami agar dapat diaplikasikan semasa peperiksaan. Kad ini menggunakan "whiteboard kad" bersaiz A5 yang boleh digunakan kedua-dua belah dan boleh untuk ditulis serta dipadam selepas penggunaan. Setiap sisi kad ini digunakan untuk tujuan yang berbeza iaitu bahagian Kad Abaal (A) bagi soalan KBAT struktur dan Kad Abaal (B) bagi soalan KBAT esei.