YI880: PENAPISAN AIR

ALIF SYAZLIE ZAQUAN BIN SALIHIN SMK TELOK KUMBAR

i3DC25 | Young Innovator (Online)

CR: 0.2903 | 54 Likes | 186 Views | 13 times | LS: 82.7
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan membina penapis air mudah alih menggunakan bahan semula jadi dan kos rendah bagi menyediakan air bersih di kawasan luar bandar atau ketika kecemasan. Sistem penapisan ini menggabungkan lapisan arang aktif, pasir halus, batu kecil dan kapas sebagai agen penapis utama. Proses ini dapat menyingkirkan bendasing, bau dan warna dari air tercemar secara berkesan. Ujian terhadap sampel air menunjukkan penurunan ketara dalam tahap kekeruhan. Projek ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6 iaitu menjamin ketersediaan air bersih dan sanitasi. Penapis ini berpotensi digunakan secara meluas dalam komuniti yang memerlukan.