Qaseh Qistina Binti Mohd Razi MRSM JOHOR BAHRU
Q Mancha A Balai merupakan sebuah inovasi kepada penyapu yang direka bentuk dengan ciri-ciri tambahan bagi meningkatkan kecekapan dan kemudahan semasa kerja pembersihan dijalankan berasaskan konsep gabungan fungsi dan keselesaan pengguna, penyapu ini dilengkapi dengan light emitting diode (LED) di bahagian hujung penyapu yang membantu pengguna menyapu di kawasan gelap atau sukar dilihat seperti di bawah katil, almari, atau sudut sempit. Tambahan pula, pada batang penyapu ini terdapat penyangkut yang membolehkan pengguna menggantung peralatan tambahan seperti kain lap, penyodok kecil atau botol semburan, menjadikannya lebih praktikal dan menjimatkan masa. Kelebihan utama Q Mancha A Balai adalah keupayaannya menjadikan kerja pembersihan lebih efisien, menyeluruh dan mudah dilaksanakan terutamanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak, atau individu yang mengalami kesukaran untuk membongkok atau mencapai ruang sempit. Reka bentuknya yang ergonomik dan ringan membolehkan pengguna mengendalikan penyapu ini tanpa rasa cepat penat. Seterusnya ,dengan adanya LED ,penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan kerana pengguna tidak perlu menyalakan lampu utama semata-mata untuk membersihkan sudut kecil yang gelap. Inovasi ini sangat sesuai digunakan di pelbagai tempat serta berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk pembersihan moden di pasaran. Q Mancha A Balai balai bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan, malah memupuk tabiat membersih secara lebih sistematik dan pintar. Secara keseluruhannya, inovasi ini memberi impak positif dari segi menjiumatkan masa serta dapat digunakan oleh semua peringkat umur.