NUR DHIYA' DAMIA BINTI MOHD FARIZAN SMK SUNGAI LAYAR
Projek inovasi Water Dispenser ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 kepada konsep membina dispenser air mini menggunakan bahan mudah didapati seperti aluminium foil dan kadboard. Melalui projek ini, pelajar dapat menerapkan amalan kitar semula, memahami fungsi aliran air dan mengaplikasikan kreativiti dalam reka bentuk produk ringkas. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar, malah memupuk kesedaran menjaga alam sekitar melalui penggunaan bahan kitar semula.