AIMY HADIRAH BINTI AHMAD SUHAIMY SMK CHUKAI
Kemalangan sering berlaku di selekoh tajam kerana jalan sempit, penglihatan terhad dan sikap pemandu yang tidak berhati-hati. Bagi mengatasi masalah ini, kumpulan Phoenix mencipta inovasi ‘Road Corner Sensor’ yang menggunakan micro:bit, sensor, lampu LED dan buzzer. Alat ini diletakkan di tiang selekoh dan akan memberi amaran bunyi serta cahaya apabila mengesan kehadiran kenderaan dari arah bertentangan. Inovasi ini membantu pemandu memperlahankan kenderaan dan mengurangkan risiko pelanggaran. Ia mudah dipasang, menjimatkan kos dan sesuai digunakan di kawasan berbukit yang mempunyai banyak selekoh tajam, sekali gus berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.