AHMAD LUQMAN AFIF BIN AHMAD ZAIDI KOLEJ VOKASIONAL IPOH
PIN FLOAT 1.0 merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Ipoh. Idea ini tercipta setelah kami menghadapi satu masalah semasa sedang menjalani kerja amali di Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Ipoh. Permasalahan tersebut adalah berkenaan dengan paku yang berselerakan di meja kerja dan mengakibatkan luka di jari semasa sedang menjalani amali di bengkel. Tujuan produk inovasi ini adalah dapat mengasingkan paku atau skru, dapat menjimatkan masa, mengurangkan risiko luka di jari, menyelamatkan bumi dengan penghasilan produk dari bahan terbuang dan meningkatkan kreativiti kami. Produk inovasi ini dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan terbuang. Secara langsung, konsep 3R dapat diaplikasi pada projek ini. Kami juga mahu mengangkat elemen “Sustainable Development” di dalam produk ciptaaan kami ini.