JI493: WaterMatic

WARDINA AZZAHRA BINTI AZUAR SK. ST. BERNADETTE'S CONVENT

Inovasi WaterMatic merupakan sistem siraman automatik yang dihasilkan oleh murid SK St. Bernadette's Convent bagi menangani isu tanaman yang mati akibat tidak disiram semasa cuti sekolah. Sistem ini dibina menggunakan bahan terbuang seperti paip air terpakai dan tong sampah, selaras dengan amalan kitar semula dan pemulihgunaan bahan buangan. WaterMatic bukan sahaja menjimatkan kos, malah membantu dalam penjagaan tanaman secara berterusan tanpa pengawasan. Inovasi ini memberi impak positif kepada alam sekitar dan komuniti sekolah dalam memupuk kesedaran terhadap kelestarian serta penyelesaian masalah secara kreatif dan praktikal.