MUHAMAD IQBAL BIN ROSLI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Projek ini dibangunkan untuk memudahkan penggunaan payung patio yang besar dan berat dengan teknologi automatik. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna membuka payung tanpa memerlukan tenaga yang banyak, terutama bagi peniaga kecil yang sering menggunakan payung besar sebagai pelindung cuaca. Payung ini direka untuk dibuka secara automatik apabila menerima isyarat daripada sensor, menjadikannya lebih praktikal dan efisien. Inspirasi projek ini datang daripada reka bentuk payung gergasi di Masjid Nabawi yang dihasilkan oleh Syarikat Liebherr dari Jerman, yang menggabungkan perlindungan optimum dan teknologi canggih. Projek ini bertujuan memberikan kemudahan moden yang mesra pengguna.