STEFFY STACY LAKIM SMK DATUK PETER MOJUNTIN
Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan GIF bahasa isyarat dalam aplikasi WhatsApp sebagai alat bantu komunikasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pemudahcaraan dalam kelas inklusif. Kajian ini bertujuan untuk memudahkan interaksi antara guru dan murid bermasalah pendengaran dengan menyediakan set pelekat animasi yang mudah diakses dan difahami. Metodologi kajian termasuk pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian kelas, dan soal selidik kepuasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan GIF bahasa isyarat meningkatkan komunikasi, interaksi, dan kepuasan dalam bilik darjah inklusif. Walaupun terdapat peningkatan dalam aspek komunikasi dan interaksi, prestasi akademik murid belum menunjukkan perubahan ketara, menunjukkan perlunya masa dan penggunaan konsisten. Kajian ini mencadangkan penambahan bilangan frasa dalam GIF, peningkatan kualiti visual, dan latihan tambahan untuk guru untuk memaksimumkan keberkesanan alat bantu ini.