KVO469: PORTABLE POWER SUPPLY FOR TEACHING AND LEARNING PURPOSES

Ts. NORSHUHAIDA BINTI GHAZALI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Bekalan kuasa mudah alih merupakan peranti yang membekalkan tenaga elektrik kepada pelbagai peralatan elektronik. Kami menghasilkan projek ini kerana terdapat beberapa masalah yang dilalui oleh pensyarah semasa ingin menguji pendawaian pelajar seperti Pensyarah perlu menggunakan kabel yang tidak kemas semasa melakukan pengujian di setiap panel. Projek ini dihasilkan bertujuan untuk membantu dan memudahkan pensyarah membuat pengujian pendawaian elektrik pelajar dan Mengelakkan kemalangan seperti litar pintas berlaku di seluruh bengkel disebabkan kesalahan di tempat pengujian.Proses membangunkan projek ini melibatkan proses mereka bentuk, pemilihan perkakasan, membina litar pengujian litar dan akhir sekali membuat soal selidik. Kami menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik diantara pensyarah dan pelajar. Setelah melalui proses soal selidik kami mendapati bahawa projek ini baik dan selamat untuk digunakan.