AMEERUL MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDULLAH SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA
Royzz Runner merupakan inovasi berbentuk permainan yang direka dengan elemen penggunaan teknologi imbasan QR code untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi masalah pembelajaran yang mengikuti kursus Penerbitan Meja tahap 2 di SMPK Vokasional Indahpura Kulai, Johor. Menurut Rogayah dan Mohd Aderi (2016), ICT (Information and Communication Technology) telah mendatangkan satu perubahan yang besar dalam bidang Pendidikan terutama sekali berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP). Objektif kajian ini adalah meningkatkan penggunaan teknologi dalam PdP bagi MBPK dan secara tidak langsung menjadikan PdP dalam kelas lebih menarik dan menyeronokan. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan seramai 10 orang murid. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan Locker Studio. Hasil dari analisis data yang diperolehi menunjukkan berlaku peningkatan dalam pencapaian dapatan kajian murid terhadap inovasi ini.