NUR DANIA FARISHA BINTI IZAM SHAHARIM SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Dalam meniti arus kemodenan ini,masalah kebersihan sering diambil ringan oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja.Hal ini disebabkan oleh menjaga kebersihan selalu mengambil masa yang lama dan kebanyakan remaja mempunyai sifat yang malas lebih lebih lagi apabila ia melibatkan tentang kebersihan kerana bagi mereka menganggapnya suatu hal yang remeh. Oleh itu, untuk mengekalkan imej diri dan memudahkan masyarakat yang mempunyai masalah menjaga kebersihan, produk SRIEST telah terhasil iaitu alat pembersihan 3 dalam 1 ( stain remover, soap and tissue) untuk memudahkan masyarakat menjaga kebersihan diri terutamanya dari segi pakaian dan juga tangan. Produk kami juga dapat menjimatkan masa dan wang kerana tidak memerlukan kos banyak da boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan mudah kerana saiznya yang kecil.