FRANCES GABREL NELL DANIEL SK.KIANDONGO
Pembaris Bahagi merupakan produk rekacipta murid TAHUN 6 untuk menyelesaikan masalah operasi bahagi. Masalah yang timbul adalah terdapat murid-murid tidak hafal sifir dan tidak faham langkah pengiraan bahagi. Produk inovasi ini direka dengan gabungan elemen pembaris dan pembilang untuk murid menyenaraikan sifir secara penambahan berulang. Selain itu, Pembaris Bahagi ini juga boleh dijadikan sebagai penanda buku dan pembaris. Ujikaji bahan inovasi ini telah dijalankan terhadap murid-murid yang masih mencapai tahap penguasaan 2 (TP2) di dalam kelas MATEMATIK TAHUN 6. Pemerhatian menunjukkan murid kajian faham langkah kerja bahagi palang dan dapat menyenaraikan sifir dengan betul. Diharap inovasi Pembaris Bahagi ini dapat disebarluaskan terhadap semua murid yang masih lemah sifir dan bahagi.