JI780: POP UP GEOMETRI

MUHAMMAD EIMAN FAYYADH BIN MOHD FAKHRURRAAZI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Inovasi POP UP GEOMETRI ini merupakan satu pendekatan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik topik Ruang. Inovasi ini  lengkap tentang pelbagai bentuk geometri dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) berserta ciri-cirinya . Apa yang membezakan inovasi ini ialah keunikan bentuk 3D yang boleh dibentuk secara konkrit menggunakan bahan sokongan seperti tali, membolehkan murid melihat, menyentuh dan memanipulasi bentuk tersebut secara hands-on. Pendekatan ini menyokong pembelajaran secara visual dan kinestetik serta dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep bentuk geometri yang abstrak. Inovasi ini selari dengan pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan yang menekankan pembelajaran melalui pengalaman sebenar (Piaget, 1972), serta menyokong ciri pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid.