MUHAMMAD IQBAL BIN MARDZUKI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem Flood Parking Detector yang mampu mengesan dan memberikan amaran awal mengenai situasi banjir di kawasan tempat letak kereta. Sistem ini menggunakan gabungan teknologi seperti sensor ketinggian air, Internet of Things (IoT), untuk melaporkan keadaan air di lokasi tertentu. Dengan memanfaatkan data daripada sensor, maklumat penting seperti paras air dan status kawasan boleh dihantar kepada pengguna melalui aplikasi mudah alih atau sms. Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi kenderaan daripada kerosakan akibat ditenggelami banjir, meningkatkan keselamatan pemilik, dan mempermudah pengurusan tempat letak kereta. Sistem ini juga mampu membuat keputusan pantas ketika situasi kecemasan berlaku dengan mengangkat kenderaan dari paras air bagi mengelakkan kenderaan ditenggelami banjir. Keputusan ujian prototaip menunjukkan bahawa sistem ini berfungsi dengan baik dalam mengesan paras air, dan menghantar amaran kepada pengguna dengan tepat dan pantas. Oleh itu, Flood Parking Detector diharapkan dapat menjadi satu penyelesaian praktikal dalam menangani cabaran yang disebabkan oleh banjir, khususnya di kawasan bandar yang kerap terjejas oleh perubahan cuaca ekstrem.