Muhammad Danish Bin Mustafa Kamal Slim River Vocational College
Inovasi ini memperkenalkan Alat Pemotongan Sudut Serong Menggunakan Mesin Canai, sebagai penyelesaian selamat dan efisien untuk pemotongan serong paip logam sebelum proses kimpalan. Di bengkel KVSR, kaedah sedia ada menggunakan mesin larik memerlukan kemahiran tinggi, mengambil masa lama dan berisiko kepada pelajar. Alat ini direka khusus bagi mengurangkan risiko kecederaan, memudahkan penggunaan, serta meningkatkan kecekapan dan ketepatan kerja pemotongan. Ujian menunjukkan pelajar dapat melakukan pemotongan dengan cepat, tepat dan selamat tanpa bantuan tenaga pengajar. Inovasi ini menyelesaikan isu keselamatan dan kecekapan, sekali gus menyokong pengajaran vokasional yang lebih berkesan, mesra pengguna, dan relevan untuk latihan industri semasa.