KVO677: DOOR LOCK KEYLESS

AFIFAH SOFIYYAH BINTI RUSMADI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Perkembangan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) bergerak seiring dengan teknologi informasi yang semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, sistem Door Lock Keyless berasaskan Internet of Things (IoT) telah menjadi satu penambahbaikan penting kepada sistem keselamatan rumah kediaman. Dalam kajian ini, kami telah mereka bentuk, membangunkan dan menguji kefungsian sistem yang dinamakan sebagai sistem Door Lock Keyless berasaskan IoT untuk kegunaan rumah kediaman. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pengguna masuk ke dalam rumah tanpa menggunakan kunci konvensional. Sistem ini juga menggunakan telefon pintar untuk membuka dan menutup pintu yang dikawal melalui aplikasi Blynk dan kad Radio Frequency Identification (RFID) sebagai ganti kepada kunci rumah. Terdapat beberapa proses sebelum membangunkan sistem yang telah dilakukan iaitu peracangan projek, mereka bentuk projek dan simulasi projek. Selepas projek dibangunkan terdapat beberapa pengujian yang dilkukan untuk menguji kefungsian projek. Diantaranya ialah ujian kefungsian projek, bacaan ujian menggunakan multimeter, ujian parameter dan ujian jarak.