KVO389: MEMBANGUNKAN ABBM SISTEM KNX UNTUK KEGUNAAN DI KOLEJ VOKASIONAL

NOR AFIZA BINTI TUMIJAN@TOMICHAN PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK, KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.2632 | 15 Likes | 57 Views | 48 times | LS: 67.0
Like it? | Support them now!

Sistem KNX sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan satu inovasi pendidikan yang dibangunkan bagi memperkenalkan konsep sistem smart home kepada pensyarah dan pelajar Bidang Teknologi Elektrik, khususnya pelajar Semester 3 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej Vokasional (KV) seluruh Malaysia. Inovasi ini menggunakan teknologi KNX, iaitu protokol terbuka berasaskan decentralized architecture dan sistem bus yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk automasi bangunan. ABBM ini merangkumi komponen utama seperti sensor, actuator, fungsi dimming, serta perisian Engineering Tool Software (ETS) bagi kawalan dan konfigurasi sistem. Pelajar didedahkan secara amali kepada rekabentuk dan pengurusan sistem automasi bangunan, memahami komunikasi data melalui kabel twisted pair KNX, serta mampu membina dan menguji kebolehfungsian melibatkan kawalan pencahayaan. Projek ini juga akan disertakan modul latihan dan panduan pengajaran yang sejajar dengan silibus Teknologi Elektrik SVM Semester 3. Secara keseluruhan, inovasi ABBM ini menyokong pembelajaran berasaskan amali, mempertingkat kemahiran teknikal pelajar, dan memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET selari dengan keperluan industri automasi elektrik masa kini.