YI429: CABARAN KOTAK SAINS

ZILYNTHIA VOLENIA ANAK JOHN MEDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENRISSEN

Permainan "Cabaran Kotak Sains" telah dibangunkan sebagai satu alat pembelajaran untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap langkah-langkah keselamatan di dalam makmal dan parameter kesihatan badan. Permainan ini direka untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai prosedur keselamatan penting yang perlu dipatuhi semasa berada di dalam makmal, serta mengenal pasti parameter kesihatan badan yang perlu dipantau semasa menjalankan eksperimen. Melalui pendekatan permainan yang menyeronokkan dan kompetitif, pelajar diberi peluang untuk menguji pengetahuan mereka dalam situasi yang simulatif. Permainan ini boleh dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan. Permainan "Cabaran Kotak Sains" dalam meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap konsep keselamatan makmal dan kesihatan badan. Satu kotak berisi guli diperlukan bagi memudahkan pemain memilih nombor soalan dan satu kertas soalan akan diberikan dan pemain perlu menjawab dengan betul bagi mendapatkan markah. Pemain yang memperoleh markah paling tinggi dikira sebagai pemenang.  Permainan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan, tetapi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan mudah diingat. Kesimpulannya, permainan "Cabaran Kotak Sains" terbukti sebagai satu kaedah pengajaran yang berkesan dalam pendidikan sains, khususnya dalam mengajarkan topik berkaitan keselamatan dan kesihatan.