NUZUL NURAINA BINTI FHIZZALI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Alat membentuk c-channel merupakan alat bantu pembinaan untuk memudahkan para pelajar membentukkan c channel dengan mudah dan selamat semasa melaksanakan amali. Alat membentuk c-channel perlu dihasilkan kerana bengkel Teknologi Pembinaan tidak mempunyai peralatan yang bersesuaian untuk membentuk c-channel. Penghasilan alat ini adalah sebagai pembaharuan terhadap peralatan lama yang sukar dan berisiko agar lebih mudah dan selamat untuk digunakan. Projek ini dihasilkan untuk memudahkan kerja semasa proses membentuk c-channel. Dengan menggunakan alat ini, c-channel dapat dibentukkan dengan mudah, hanya dengan sekali bengkokan tanpa mempunyai sebarang kecacatan padanya. Kaedah pelaksanaan projek ialah dengan mengaplikasikan sistem tuas pada alat membentuk c-channel dengan menggunakan kaedah kimpalan.