AISYAH AZ-ZAHRA BINTI KHAMARUL ARIFFIN SK KAMPUNG TUN RAZAK, MELAKA
Masalah perekodan salah laku disiplin murid sering dihadapi oleh guru-guru kami berikutan medium pelaporan sebelum ini adalah borang fizikal yang perlu didapatkan di bilik disiplin. Kesukaran merekod salah laku ini menyebabkan kebanyakan guru-guru kami jarang merekod salah laku yang berlaku secara langsung dengan segera. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meningkatkan perekodan salah laku disiplin murid di SK Kampung Tun Razak menggunakan inovasi aplikasi e-Disiplin STaR. Dengan mengimbas Kod QR, guru-guru sudah boleh merekod salah laku disiplin yang berlaku dengan segera. Dalam aplikasi ini juga sudah tersedia maklumat murid, kelas, kategori salah laku yang dilakukan, butiran tarikh, masa dan tempat serta butang muat naik gambar sebagai bukti. Jadi, guru dapat merekod salah laku disiplin murid di mana jua dan pada bila-bila masa. Ini membantu unit disiplin dan pengawas dalam memantau masalah dispilin yang berlaku di sekolah.