MUHAMMAD HAZIM BIN ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL KULIM
POWER GEN VENTILATOR (PGV)
*Muhammad Hazim Ismail¹, Muhammad Farhan Erwan2, Muhammad Jamnol Azhar Nizam3 ,Nurul Atiqah Najwa Zakaria4, Nur Shafikah Muhammad Fauzi5 Muhammad Farhan Erwan6, Mohd Yusuf Hassan7 & Nur Mahfuzah Ahmad Tajuddin8
12345678 KOLEJ VOKASIONAL KULIM
ABSTRAK
Turbine Ventilator merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan rasa panas dan bahang apabila berada di rumah. Projek Power Gen Ventilator (PGV) ini di inovasikan dengan memanfaatkan fungsi putaran pada Turbine Ventilator bagi menghasilkan tenaga elektrik. Proses ini dilakukan dengan mengubah tenaga kinetik daripada putaran Turbine Ventilator kepada tenaga elektrik menggunakan power generator. Turbine ventilator sedia ada tidak dimanfaatkan fungsinya dan hanya tertumpu kepada sistem pengudaraan dan mengeluarkan haba panas di rumah. Objektif Power Gen Ventilator (PGV) ini dibangunkan sebagai sistem pengudaraan haba serta dapat menjana tenaga elektrik bagi kegunan beban kecil seperti cctv, lampu DC / AC serta pam air mini. Tenaga Elektrik yang dihasilkan dapat digunakan sebagai sistem sokongan bagi penggunaan peralatan elektrik dirumah untuk kegunaan harian mahupun semasa ketiadaan bekalan elektrik. Soal selidik telah diedar kepada responden yang terdiri daripada penduduk perumahan sekitar Kulim. Hasilnya, majoriti responden bersetuju terhadap projek yang dibangunkan dan mendapat sokongan yang baik dimana pengguna dapat menjimatkan kos bil elektrik secara tidak langsung melalui penjanaan tenaga elektrik sokongan melalui Power Gen Ventilator (PGV). Pada masa yang sama produk ini juga bertindak memberi keselesaan kepada pengguna melalui turbine ventilator sedia ada yang digunakan sebagai alat untuk memindahkan udara panas keluar daripada rumah. Produk inovasi ini membolehkan mereka memanfaatkan tenaga kinetik pada Turbine Ventilator serta menyahut saranan kearah penggunaan tenaga hijau berasaskan kaedah yang tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Secara keseluruhannya, projek ini menyokong kempen pemuliharaan alam sekitar dengan implementasi teknologi hijau dalam kehidupan. Kesimpulannya projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.