YI69: SATAR IKAN HARUAN BERDAUN BASIL

FARIZ DANISH BIN ABDULLAH SMK SULTAN MANSOR

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 53 Views | 173 times | LS: 173.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Satar Ikan Haruan Berdaun Basil yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Satar Ikan Haruan Berdaun Basil merupakan satu produk makanan ikan air tawar iaitu ikan haruan yang digabungkan dengan daun basil untuk menghasilkan satar. Satar Ikan Haruan Berdaun Basil diinovasikan daripada satar ikan yang banyak dipasaran. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid dari SMK Sultan Mansor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan murid mengenai ikan haruan dan daun basil (80%), tahap penerimaan murid terhadap produk Satar Ikan Haruan Berdaun Basil (85%) serta potensi Satar Ikan Haruan Berdaun Basil dipasarkan (85%). Secara keseluruhan murid dapat menerima Satar Ikan Haruan Berdaun Basil ini kerana penggunaan ikan haruan sebagai satar dapat menarik minat orang ramai untuk menikmati ikan air tawar dan penggunaan daun basil dapat menaikkan lagi aroma satar tersebut. Satar Ikan Haruan Berdaun Basil dilihat berpotensi tinggi di pasaran kerana ia merupakan produk makanan yang sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat kerana bau ikan hanyir ikan haruan dapat diatasi dan daun basil sebagai aroma tambahan semasa satar tersebut dibakar.