MUHAMMAD AQIL DANISH BIN AMAT FETRI SEKOLAH KEBANGSAAN SG KAJANG
Laman Guru AI ini membangunkan laman web interaktif yang menggabungkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu pembelajaran murid. Melalui ChatGPT murid boleh mencari video pembelajaran yang sesuai berdasarkan prompt atau kata kunci yang disediakan. Selain itu, laman ini turut menyediakan kuiz interaktif bagi menguji pemahaman murid terhadap topik khusus seperti kata kerja. Nota ringkas melalui Augmented Reality juga disediakan untuk menarik minat murid menggunakan laman ini. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan motivasi dan penguasaan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah melalui pendekatan pembelajaran digital yang lebih menarik dan terkawal.