JI282: EARTH HERO GAMES

MUHAMMAD AQIF SHAHZWAN BIN MOHD AMIN SK TAMAN NUSA DAMAI

I3DC24 | Junior Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 37 Views | 166 times | LS: 166.0
Like it? | Support them now!

Permainan merupakan aktiviti yang merangsang daya pemikiran serta meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari ilmu-ilmu secara santai dan menyeronokan. Dalam era abd ke-21, permainan berbentuk aplikasi sangat terkenal dalam pelbagai peringkat usia yang dibangunkan melalui pelbagai aplikasi pengaturcaraan. Permainan juga dilihat dapat menyokong kepada pembelajaran dalam mata pelajaran sains khusus berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Mempelajari topik secara tradisional dan kempen-kempen berbentuk media elektronik menyebabkan kanak-kanak kurang berminat untuk mengamalkan amalan kelestarian alam. Oleh yang demikian, satu inovasi berbentuk aplikasi permainan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Earth Hero Games. Aplikasi yang dibangunkan melalui aplikasi pengaturcaraan scratch ini memberi kesan yang postif terhadap pengetahuan kanak-kanak dalam pengurusan sisa buangan secara sistematik. Disamping itu, murid juga dapat mempelajari langkah-langkah menghasilkan permainan ringkas melalui aplikasi pengaturcaraan. Oleh yang demikian, melalui penggunaan aplikasi permainan Earth Hero Games ia menyokong kepada kempen kelestarian alam khususnya dalam peringkat usia kanak-kanak disamping menyediakan modal insan dalam bidang STEM.