Asmalia Che Ahmad UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Beg Tikar Kit Suria merupakan inovasi teknologi hijau direka khas untuk komuniti Orang Asli di kawasan luar bandar. Inovasi ini menggabungkan kit suria asas dengan panduan bergambar pada permukaan tikar yang mudah alih dan boleh dilipat menjadi beg. Ia bertujuan untuk membantu komuniti memahami dan memasang sistem tenaga suria secara kendiri tanpa bantuan pakar. Pendekatan berbentuk visual ini mampu meningkatkan kefahaman terhadap teknologi hijau dan menyokong pembangunan mampan. Produk ini juga berpotensi digunakan sebagai penyelesaian serbaguna bagi meningkatkan kualiti hidup dalam sektor pendidikan, ekopelancongan dan misi bantuan kecemasan.