ARCHALLE AUGRACE ANDREW SK.KIANDONGO
Projek Inovasi Kad Infiniti ini terhasil kerana masalah yang dihadapi oleh murid-murid TAHUN 6 di Sekolah Kebangsaan Kiandongo iaitu untuk menghafal nilai Pecahan Juta, Pecahan Peratus Dan Pecahan Unit-unit Pengukuran Panjang,Jisim Dan Isipadu Cecair. Kesukaran murid-murid untuk menghafal semua nilai Pecahan ini dapat diatasi dengan menggunakan Kad Infiniti ini. Kad ini direkacipta daripada permainan lama Old Maid, SNAP dan Donkey dan diubah suai menjadi permainan yang disukai oleh murid. Kad ini menjadi kegemaran semua murid di kelas TAHUN 6 kerana boleh dijadikan bahan untuk belajar sambil bermain. Murid dapat mengingat nilai-nilai pada Kad melalui permainan Kad Infiniti yang telah direka. Kad dapat dimainkan secara individu sehingga maksima 7 orang.