KVO642: D'KERAB

AFIQ FIRDAUS BIN OTHMAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.1894 | 25 Likes | 132 Views | 3 times | LS: 32.7
Like it? | Support them now!

Medium internet kini memberi impak yang besar dalam penyampaian yang kreatif. Medium internet dapat memberi banyak kemudahan dalam memberikan sumber maklumat berkaitan pelajaran. D’Kerab ialah sebuah inovasi dalam bentuk video animasi yang bertujuan menyampaikan maksud peribahasa 'Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. D’Kerab mengisahkan tentang tiga ekor ketam iaitu bermula dengan sang ayah bernama Pok Nik dan dua ekor anaknya yang bernama Kiki & Koko dalam keupayaan mereka untuk berjalan lurus dan konflik yang mereka hadapi. . Antara faktor dibangunkan projek ini ialah untuk menarik minat kanak-kanak terutamanya murid sekolah rendah dalam mempelajari topik peribahasa, Bahasa Melayu. Selain itu juga, ia dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap maksud dan penggunaan peribahasa melalui penyampaian dalam bentuk video animasi yang menarik dan mudah difahami. Disamping itu juga, ia dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana adanya rujukan yang lebih kreatif dan efektif. Metodologi yang digunakan iaitu (ADDIE) yang mana meliputi fasa-fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Projek animasi 3D ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Autodesk Maya 2024. Perisian Adobe Photoshop CC 2023 adalah untuk menghasilkan texture. Adobe Premiere Pro CC 2023 untuk proses penyuntingan video manakala carta Gantt dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Excel 2024. Animasi D’Kerab akan menjadi pilihan dalam memberi pembelajaran kepada pelajar disamping dengan pembacaan buku dan ia mampu dikomersialkan dengan memperoleh pendapatan melalui penjualan langsung serta mendapat income menerusi youtube.