JI347: ALARM SIFIR

WAN 'AQEELAH SAKEENAH BINTI WAN ABDUL HALIM HAFIIDZ SK ISKANDAR PERDANA

Projek inovasi ini ialah sebuah aplikasi jam loceng interaktif yang dinamakan Alarm Sifir. Aplikasi ini direka khas untuk membantu pengguna terutmanya murid sekolah bangun daripada tidur dengan cara yang lebih mencabar dan menyeronokkan.

Pengguna juga boleh membuat latihan matematik sebelum mahu menggunakan alarm. Berbeza dengan jam loceng biasa, Alarm Sifir memerlukan pengguna menyelesaikan soalan sifir secara rawak sebelum loceng boleh dihentikan sepenuhnya. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna membuat reminder.