NURUL AIDA SUHAILA BT ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sistem kawalan makanan ikan dan tumbuhan secara automatik bagi meningkatkan kecekapan dalam sistem akuaponik. Dengan menggunakan sistem berasaskan Arduino, kawalan makanan ikan dan pertumbuhan tanaman dapat dipantau serta dikawal dengan lebih sistematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa anak benih mula bercambah pada minggu pertama, dengan perkembangan daun yang semakin banyak dan saiz pokok yang bertambah dari minggu kedua hingga minggu keempat. Data ini membuktikan bahawa system kawalan makanan ikan dan tumbuhan yang dibangunkan dapat memberikan pertumbuhan yang positif terhadap tanaman. Selain itu, penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pemantauan manual, menjimatkan masa, serta meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan akuaponik. Responden yang terlibat dalam soal selidik juga memberikan maklum balas yang positif terhadap keberkesanan sistem ini. Secara keseluruhan, sistem kawalan makanan ikan dan tumbuhan automatik ini berpotensi untuk dimanfaatkan dalam industri akuaponik bagi meningkatkan produktiviti dan kemampanan pertanian moden.