IMAN QAMARINA BINTI ABDUL HADI SMK PELAGAT
Polisterina adalah bahan sintetik yang banyak digunakan dalam industri moden termasuk pembungkusan makanan dan penghasilan papan notis. Kebanyakkan pengguna tidak mengetahui keburukan polistirena. Polistirena juga didapati sukar mereput secara semulajadi dan mengambil masa yang sangat lama untuk dilupuskan sepenuhnya di dalam tanah. Kami pelajar-pelajar SMK Pelagat membuat penyelidikan untuk menggantikan kebergantungan kepada polistirena yang diketahui berbahaya kepada kesihatan dan juga dapat mencemarkan Alam Sekitar dengan menggunakan gabus dari batang pokok riong yang lebih selamat dan mesra alam. Kami telah hasilkan papan notis daripada gabus pokok riong yang kami namakan myRiBoard. Hasil penyelidikan yang kami jalankan didapati myRiBoard dapat menggantikan kepingan polistirena dari segi kekuatan struktur, tidak membebaskan gas-gas yang berbahaya semasa pembakaran dan yang paling penting dapat mereput secara semula jadi apabila dibiarkan dalam tanah dalam jangka masa 5-6 bulan. Gabus Batang Riong juga berpotensi untuk menghasilkan bekas penebat haba yang mesra alam.