KVO491: ALGEBRA MAGNETIC BOARD

ADIB BIN MASHURI KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0870 | 2 Likes | 23 Views | 47 times | LS: 49.2
Like it? | Support them now!

Pada pendidikan abas ke-21 kini, pembelajaran melalui permainan fizikal dan permainan digital sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Aktiviti bermain yang terancang dan sistematik merupakan medium yang dapat membantu pelajar dalam mmemahami topik yang diperlajari secara jelas dan mudah difahami di dalam kelas. Pelaksanaan aktiviti seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi oleh para guru. Maka, satu aktiviti yang berlandaskan kitar semua, jimat kos pembinaan dan mudah digunakan akan membantu para guru dalam mencapai misi dan visi pendidikan kebangsaan. Dalam kajian ini, produk inovasi yang dibangunkan adalah Linear Game Board. Kebanyakan pelajar sukar dalam memahami konsep-konsep Algebra semasa semester satu di kolej Vokasional. Beberapa faktor yang mungkin menjadi punca masalah ini termasuk kurangnya pemahaman asas, pendekatan pengajaran yang mungkin tidak bersesuaian, serta keperluan individu yang berbeza dalam memahami topik tersebut. Impak dari masalah memahami topik ini boleh dilihat melalui penurunan pencapaian akademik dan kurang keyakinan dalam menyelesaikan tugasan berkaitan Algebra. Pendekatan pembelajaran secara menulis juga menurunkan semangat pelajar dalam memahami topik ini. Penggunaan Magnetic Algebra Board sebagai alat bantu pembelajaran bertujuan memudahkan pelajar memahami dan mempraktikkan konsep-konsep Algebra secara fizikal. Pelajar dapat merancang persamaan, mengenal pasti corak, dan menguji pengetahuan mereka secara praktikal melalui aktiviti-aktiviti di papan Algebra magnetik. Penggunaan papan ini meningkatkan pemahaman konsep-konsep Algebra dan kefahaman tentang cara memanipulasi simbol-simbol algebra dengan cara yang lebih visual dan praktikal. Hasil daripada kajian melalui pemerhatian dan juga soal selidik terhadap pelajar 1SVM BPP, didapati kefahaman topik algebra semakin meningkat dan seterusnya menjadikan pelajar dapat meyelesaikan soalan mengikut kaedah yang dipelajari. Melalui pemerhatian yang d