YI21: PENGGUNAAN BIJI DURIAN (DURIO ZIBETHINUS) SEBAGAI BAHAN DALAM PEMBUATAN KEREPEK TEMPE (DURIO SEED TEMPEH CHIPS)

NURUL AIMI KHAIRINA BINTI SUHAIRI KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

i3DC25 | Young Innovator (Online)

CR: 0.2520 | 31 Likes | 123 Views | 18 times | LS: 56.8
Like it? | Support them now!

*ABSTRAK*

Durian merupakan sejenis buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio dan berasal dari Brunei, Filipina, Sumatra dan Malaysia. Telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Buahini bersaiz besar,beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuhduri, daripada duri-duri kulit buah itulah durian mendapat namanya dan terkenal diAsia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Biji durian biasanya dibuang tanpa dimanfaatkan selepas isinya dimakan. Biji durian mempunyai pelbagai nutrisi dan Antioksidan. Dengan khasiat yang terdapat dalam biji durian ini, satu produk inovasi yang dihasilkan iaitu kerepek tempe biji durian (Durio Seed Tempe Chips). Tujuan penghasilan inovasi ini adalah untuk menghasilkan sejenis kudap-kudapan daripada bijidurian yang boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Produk inovasi dihasilkan menggunakan kaedah fermentasi yang terhasil daripada ragi yang kulat dan bakteria yang tidak berbahaya untuk dipasarkan. Cadangan masa hadapan, produk ini boleh dihasilkan dengan menggunakan buah-buahan tempatan yang lain.