FIRZANAH AQEELA BINTI ABDUL MAJID SK BANDAR TENGGARA 1
Sound Kit merupakan satu kit lengkap untuk murid mempelajari tajuk "Bunyi" dalam Sains tahun 4. Tajuk ini membincangkan bagaimana bunyi terhasil, apakah kebaikan dan keburukan yang dilihat berpunca daripada bunyi, serta beberapa contoh penghasilan alat muzik bunyi. Penggunaan kit ini melengkapi nota ringkas dan padat di setiap permukaan yang dibuka. Sebuah kotak yang di dalamnya lengkap dengan maklumat, alat muzik dari bahan alam sekitar. Kotak ini unik kerana apabila dibuka salaja penutupnya, maka terdampar semua bahan yang diperlukan untuk topik ini. Dengan menggunakan kit ini, tajuk Bunyi lebih mudah diajar dan menjimatkan masa serta dapat menarik minat murid dengan mewujudkan pembelajaran aktif dalam kelas.