AZAM BIN ABD AZIZ SMK DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ
Pengurusan kokurikulum yang cekap menjadi tunjang penting dalam usaha melahirkan pelajar holistik selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Namun, kaedah manual yang masih digunakan menimbulkan isu seperti kelewatan, tidak konsisten dan risiko kehilangan data. Co-Curriculum Management System (CCMS) dibangunkan sebagai sistem digital berasaskan web yang menyelaras pengurusan data murid, kehadiran, laporan aktiviti, dan pencapaian pertandingan secara sistematik. CCMS memudahkan pemantauan melalui kemaskini masa nyata dan dashboard interaktif, seterusnya meningkatkan ketepatan data dan keberkesanan pelaporan. Selaras dengan Dasar Pendidikan Digital, CCMS menggalakkan budaya teknologi dalam kokurikulum dan menyokong pengurusan berasaskan data yang efisien dan telus dalam ekosistem pendidikan.