YI917: CARICA HERBAL BREW

CONSTANCE CRUZ LEE KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2

Carica Herbal Brew ialah inovasi minuman herba yang dihasilkan daripada daun betik dan daun pegaga yang dikeringkan. Kedua-dua daun ini dipilih kerana kaya dengan antioksidan, vitamin dan khasiat tradisional yang terbukti menyokong kesihatan dalaman. Melalui kaedah pengeringan semula jadi dan pelbagai ujian rasa, produk ini dihasilkan dalam bentuk teh herba yang mudah disediakan, tanpa bahan pengawet. Carica Herbal Brew bukan sahaja menyegarkan, malah menyokong gaya hidup sihat dan amalan kelestarian alam. Ia sesuai dijadikan alternatif semula jadi kepada minuman moden, serta berpotensi dikomersialkan secara meluas.