JI278: Time Travel Penjajahan : Kembara Sejarah Dalam Minecraft

AINUL MARDHIAH BINTI MOHD FAISAL SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

Inovasi ini bertajuk “Time Travel Penjajahan: Kembara Sejarah dalam Minecraft” dan bertujuan meningkatkan minat serta kefahaman murid Tahun 5 terhadap topik Zaman Penjajahan dalam subjek Sejarah. Melalui pendekatan interaktif menggunakan platform Minecraft, murid ‘mengembara’ ke tiga era utama penjajahan Portugis, Belanda dan British dan menjalankan pelbagai misi eksplorasi, binaan dan refleksi sejarah dalam dunia maya. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan berpusatkan murid. Inovasi ini turut menyokong Pembelajaran Abad ke-21 dengan menggabungkan elemen teknologi, kolaborasi, kreativiti serta pemikiran kritis dalam memahami peristiwa sejarah secara bermakna.